Pages

Thursday, March 15, 2012

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Narandang. Walaupun nama blog ini adalah Narandang, ia berfungsi sebagai blog tidak rasmi untuk semua kampung di G4. G4 merupakan nama rasmi untuk gabunagn empat buah kampung iaitu Kg. Narandang Darat, Kg. Narandang Laut, Kg. Timboi Dagang dan Kg. Ampungoi. Manakala Narandang (sama ada "Kg. Narandang" mahupun hanya "Narandang") merupakan nama geografi untuk empat buah kampung ini.

Tujuan blog ini dibuat adalah untuk merekod pendapat-pendapat, berita-berita, kejadian-kejadian dan segala perkara umum yang berlaku di Narandang. Blog ini juga akan digunakan untuk membuat urusan TIDAK rasmi komuniti dengan kerajaan. Sebarang dokumentasi yang sesuai di dalam blog ini boleh dihantar terus secara online kepada kerajaan untuk tatapan dan pertimbangan mereka.

Semua penduduk Narandang adalah dialu-alukan untuk memberi sumbangan bahan, sama ada rencana, tulisan berita, cerita, mahupun media (gambar dan video) ke dalam blog ini. Penduduk yang berminat memberi sumbangan (pastikan anda memiliki akaun blogger) boleh menghubungi admin (Jitol Magada) untuk didaftarkan sebagai "Contributor" di dalam blog ini. Peraturan mudah untuk dipatuhi apabila menulis blog ini ialah, semua penulis mestilah mempunyai semangat sebagai anggota "keluarga Narandang". Hanya dengan semangat ini maka kita dapat mengelak daripada menulis atau berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap rakan-rakan sekampung kita.